Sourcing logo

Penyumberan Terpilih

Produk berkualiti bermula dari sumber

Kami sangat cerewet dengan bahan yang digunakan dalam produk kami. Itulah sebabnya kenapa kami memerlukan berdekad-dekad lamanya mengembangkan hubungan dengan pembekal dan peladang yang membekalkan minyak pati dan bahan-bahan. Seperti anda juga, kami peduli tentang cara penghasilan produk– dan bangga dengan kandungan produk kami, sama seperti kami bangga dengan apa yang tidak dikandungi produk kami.

Hand with mint leaves and seeds in their palm
Picking a lime from a tree

Memastikan produk berkualiti tinggi

Tonggak Penyumberan terpilih kami membantu memastikan produk minyak pati dan kesejahteraan yang berkualiti tinggi sementara menggalakkan amalan perladangan yang bertimbang rasa, pemilihan bahan-bahan yang teliti, dan pelabelan telus. Young Living menyumber produk daripada ladang milikan korporat yang dipilih teliti, ladang kongsi yang berkongsi nilai kami, dan pembekal disahkan Seed to Seal yang boleh mencapai tahap standard tertinggi kami untuk kualiti.

Memupuk kecemerlangan

Ladang korporat Young Living adalah di mana kami menampilkan nilai syarikat kami. Di sini, pelanggan, Brand Partner dan orang awam boleh melihat kami membesarkan tumbuhan aromatik hebat, menyuling minyak pati premium, dan menjalankan kajian dan ujian yang memacu industri. Ladang kongsi kami adalah pembekal yang berkongsi idea sama yang membantu membekalkan produk berkualiti tinggi yang digemari Brand Partner. Ladang-ladang ini dimiliki mereka sendiri tetapi hubungan kami sangat rapat, menjadikan mereka sebahagian daripada keluarga Young Living.

Ladang kongsi kami selalu bekerja dengan Young Living untuk matlamat jangka masa panjang, dan kami luangkan bertahun-tahun lamanya memperkukuh hubungan kami, menawarkan pelbagai sumber bagi memastikan amalan mereka sejajar dengan amalan kami. Tumbuhan aromatik premium bermula dengan hubungan yang kukuh. Pasukan kami memilih pembekal dengan teliti, mengembangkan hubungan yang memakan dekad lamanya, yang semuanya bermula dengan pencarian Pengasas D. Gary Young, mencari penghasil terbaik di seluruh dunia.

Dan walaupun semua pembekal ini dipilih dengan teliti, polisi kami semestinya, untuk mengesahkan mereka. Setiap kumpulan minyak tertakluk kepada siri ujian yang panjang dan audit berterusan. Pembekal kami yang disahkan Seed to Seal menerima falsafah kami dan membantu mengekalkan spesifikasi kualiti kami yang ketat. Namun, jika pasukan sains dan jaminan kualiti kami mendapati produk pembekal tertentu tidak mencapai standard ketat kami, maka kami tidak akan menggunakannya.

Watering plants with a green jug

Peladang kami bukan sekadar peladang

Peladang kami adalah pakar dalam lapangan mereka. Mereka cukup arif tentang apa yang diperlukan untuk menghasilkan produk berkualiti tinggi sementara terus menerus menghasilkan pembaharuan untuk mengurangkan impak alam sekitar. Dari menyuburkan tanah dengan khasiat yang betul hingga menuai pokok pada masa yang tepat, mereka mengusahakan ladang dari setiap sudut.

Terdapat lebih banyak lagi komitmen kualiti Seed to Seal® kami

science seal

Sains Yang Inovatif

Sebagai keajaiban gerakan minyak pati moden, kami telah mengubah dunia minyak pati, melaburkan masa dan sumber yang tidak terhitung banyaknya untuk mengembang, mengkaji dan menguji produk.

Standards seal

Merintis Standard

Dari awal, kami telah mengembang, menambah baik dan berpegang pada standard paling ketat supaya anda tahu anda mendapat produk minyak pati terbaik di dunia.

Ayuh berkembang

Terokai produk terbaik dalam dunia dan teruskan kembara anda mencapai kediaman yang sihat, Sejahtera.